Surah Ash-Sharh atau Al Insyirah juga dikenali Surah Alam Nashrah. Surah yang ke 94 di dalam Al Quran ini diturunkan sesudah Surah Ad-Dhuha....
Surah Ash-Sharh atau Al Insyirah juga dikenali Surah Alam Nashrah. Surah yang ke 94 di dalam Al Quran ini diturunkan sesudah Surah Ad-Dhuha.
Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.
Kandungannya ialah tentang penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.
Surah yang mempunyai pelbagai fadhilatnya untuk kita amalkan.
FADILATNYA :
- Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
- Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
- Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
- Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
- Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT. Caranya : Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
- Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
- Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
- Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
- Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
- Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Antara kelebihan lain membaca surah Al Insyirah :
Siapa-siapa yang merasa kesusahan pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, insyaAllah akan sampai maksudnya, iaitu:
- Sembahyang sunat dua rakaat.
- Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al Fatihah dan surah (mana-mana surah).
- Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah SWT dan baca Surah Al Insyirah sebanyak bilangan hurufnya.
- Sesudah membaca Surah Al Insyirah , pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah SWT.
COMMENTS