TERKINI...$show=home$type=three$count=3$page=true$va=3$height=200

Kisah Tuan Haji Nyak Gam

Tuan Haji Nyak Gam Bin Nyak Abdullah dilahirkan pada tahun 1897 di Acheh. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya mengikuti seorang...

Tuan Haji Nyak Gam Bin Nyak Abdullah dilahirkan pada tahun 1897 di Acheh. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya mengikuti seorang ulama bernama Teungku Muhammad
Dad Imam dengan tujuan untuk memugar tanah bagi penanaman pala dan getah. Beliau mempunyai seorang saudara kandung bernama Nyak Fatimah. Ayahnya, Nyak Abdullah Bin Yusof atau disebut Peutua Lah atau disebut Cut Abdullah atau masyhur dengan panggilan Panglima Nyak Abdullah Cut Yusof adalah seorang hartawan. Di kampung Ruat, beliau sangat terkenal serta memiliki tanah yang las dan mempunyai ramai pekerja. Tidak dapat dipastikan dimanakah Tuan Haji Nyak Gam mendapat pendidikan agama tetapi menurut warisnya, beliau hanya mampu membaca dan mengajar bahasa Jawi sahaja. Pada tahun 1911, sebuah sekolah didirikan di tepi Sungai Pekan Yan dan diberi nama Sekolah Melayu Yan. Pada tahun 1973 sekolah ini bergabung dengan Sekolah Perempuan Yan. Nama sekolah ini telah bertukar beberapa kali daripada Sekolah Melayu Yan kepada Sekolah Kebangsaan Yan. Pada tahun 1982 sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam sempena dengan nama tokoh ini dan sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di daerah Yan. Pada 1 Februari 1955, Tuan Haji Nyak Gam telah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Negeri (bukan pegawai) dalam Majlis Mesyuarat Neger Kedah oleh Sultan Badlishah dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga 1963. Pada pilihanraya pertama tahun 1959, Tuan Haji Nyak Gam telah bertanding melawan Tuan Guru Haji Nawawi Bin Haji Abdul Rahman bagi kawasan Yan-Merbok. Belau mewakili parti Perikatan. Tuan Haji Nyak Gam menang dengan majoriti 6,717 manakala Tuan Guru Haji Nawawi pula mendapat 1,781 sekaligus membuatkan beliau menjadi wakil rakyat pertama di daerah berkenaan. Tuan Haji Nyak Gam turut bersepakat dengan Nyak Man Cut Ali membentuk syarikat The Yan Bus
Transport Company berpengkalan di Guar Chempedak. Perkhidmatan bas ini disediakan dari Yan ke Guar Chempedak dan Gurun ke Jenjang. Usaha ini juga adalah jasa beliau yang cukup besar kerana memudahkan rakyat di daerah Yan untuk melakukan urusan mereka dengan cepat. Belau telah berkahwin dengan Nyak Aminah Binti Teuku Hamzah dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Yushak, Jamaliah dan Khadijah dan perkahwinan beliau yang kedua dengan seorang wanita tempatan dianugerahkan 3 orang anak iaitu Abdullah, Kalthom dan Sofiah. Tuan Haji Nyak Gam bernikah yang ketiga, juga dengan gadis tempatan memperolehi seorang anak bernama Rokiah. Selain itu beliau juga ada mengambil seorang anak angkat bernama Abdul Hamid. Atas jasa beliau, Tuan Haji Nyak Gam dianugerahkan pingat A.M.K. dan J.P. oleh paduka Sultan Kedah.
Tuan Haji Nyak Gam akhirnya meninggal dunia pada tahun 1972 dalam usia lebih kurang 75 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, Yan.
Moga Allah Ta'ala merahmati roh Allahyarham... Amin. Sumber : Tengku Yusuff

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content