TERKINI...$show=home$type=three$count=3$page=true$va=3$height=200

AmanahRaya REIT Hidupkan Semula Hotel Ikonik Alor Setar

KUALA LUMPUR: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) memeterai perjanjian penyewaan dengan Urban Collection Sdn Bhd bagi...
KUALA LUMPUR: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) memeterai perjanjian penyewaan dengan Urban Collection Sdn Bhd bagi mengurus serta melaksana operasi semula bekas hotel Holiday Villa Alor Setar, yang terletak dalam pembangunan City Plaza di Alor Setar, Kedah.

Langkah ini menandakan usaha berterusan AmanahRaya REIT dalam memperkukuh portfolio hartanahnya melalui pengoptimuman aset sedia ada serta penglibatan strategik dalam sektor hospitaliti.

Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM), Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, berkata kerjasama itu menandakan pengaktifan semula aset hospitaliti penting dalam portfolio AmanahRaya REIT dan dijangka memberi impak positif kepada nilai jangka panjang dana amanah berkenaan.

"Pemeterian perjanjian ini merupakan langkah penting dalam strategi kami untuk memperkukuh nilai aset dan menjamin kestabilan pendapatan jangka panjang kepada pemegang unit. Kami berbesar hati bekerjasama dengan Urban Collection yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan hotel dan perkhidmatan," katanya.

Perjanjian itu melibatkan penyewaan bangunan hotel seluas kira-kira 150,000 kaki persegi bagi tempoh 15 tahun, dibahagikan kepada tiga penggal berturut-turut. Tempoh sewaan dijadualkan bermula pada 29 Mac 2026, manakala operasi hotel dijangka bermula selewat-lewatnya pada 1 Mei 2026.

Struktur perjanjian berbentuk Double Net Lease dengan kenaikan kadar sewa sebanyak 10 peratus bagi setiap pembaharuan penggal, memastikan aliran pendapatan yang stabil dan mampan kepada AmanahRaya REIT sepanjang tempoh berkenaan.

Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM), Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Urban Collection serta Oriental Interest Berhad (OIB), Khoh Why Way (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian penyewaan antara AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) dan Urban Collection Sdn Bhd di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre. - NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI
Bangunan hotel berkenaan, yang sebelum ini dioperasikan oleh Holiday Villa dan tidak beroperasi sejak 2018, akan dinaik taraf oleh Urban Collection bagi memperkukuh daya saingnya dalam pasaran hospitaliti tempatan. Hotel itu bakal diperbaharui dengan konsep moden yang menggabungkan ruang kerja bersama, penginapan kontemporari serta kemudahan runcit layan diri dan mesin automatik yang menepati keperluan pelancong masa kini.

AmanahRaya REIT yang ditubuhkan pada 10 Oktober 2006 dan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 26 Februari 2007, merupakan dana pelaburan hartanah yang memberi tumpuan kepada portfolio pelbagai sektor termasuk pejabat, institusi pendidikan, industri, runcit dan hotel.

Sehingga 31 Disember 2024, AmanahRaya REIT memiliki 12 hartanah dengan jumlah nilai pasaran RM1.297 bilion yang terletak di kawasan strategik seperti Johor, Kedah dan Lembah Klang.

Kerjasama dengan Urban Collection dijangka menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula segmen hospitaliti dalam portfolio AmanahRaya REIT, selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan peluang pekerjaan dan pemerkasaan sektor pelancongan Kedah. Sumber : Berita Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content