TERKINI...$show=home$type=three$count=3$page=true$va=3$height=200

Influenza Meningkat Tiga Kali Ganda Di Kedah

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peningkatan kes influenza lebih tiga kali ganda tahun ini dengan 2,505 kes sehingga kelmarin berbanding 834 k...
ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peningkatan kes influenza lebih tiga kali ganda tahun ini dengan 2,505 kes sehingga kelmarin berbanding 834 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.
Sebilangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di daerah Kuala Muda turut terkesan dengan jangkitan influenza, baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebanyak 47 kluster dikenal pasti pada tahun ini berbanding 16 kluster pada tahun lepas dalam tempoh tersebut.

“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan berlaku peningkatan kes harian di Yan dengan 153 kes, Kota Setar (76) dan Sik (56) pada Selasa lepas dengan keseluruhan 307 kes.

“Setakat ini sebanyak lima kluster baharu dikesan dengan Kuala Muda sebanyak dua kluster, Kota Setar, Sik dan Yan masing-masing satu kluster,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, Yan mencatatkan kes tertinggi ketika ini dengan 451 kes, sementara Kubang Pasu (443) dan Kuala Muda (396).

“Kebanyakan kes melibatkan pelajar termasuk asrama dan institusi pendidikan kerajaan namun keadaan terkawal apabila Jabatan Kesihatan negeri melaksanakan langkah kawalan di semua premis terlibat,” katanya.

Katanya, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan ibu hamil. Sumber : KOSMO!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content