Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan mesyuarat penyelarasan...
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tugas membangunkan, dan menambah baik, tiga produk pelancongan yang berkait rapat dengan Gunung Jerai.
Produk-produk itu ialah Pokok Mengkundor 100 tahun bersaiz raksasa yang akan diangkat sebagai produk baharu, dan Air Terjun Titi Hayun serta Tangga Kenari yang akan diberikan sentuhan dan nafas baharu. Mesyuarat yang melibatkan beberapa agensi berkaitan memberi fokus pada usaha menjadikan produk-produk tersebut sebagai penambah daya tarikan pelancongan negeri Kedah.
Selepas semuanya terlaksana Gunung Jerai dan sekitarnya akan mempunyai lebih daya tarikan untuk menggamit kehadiran lebih ramai pelancong dan pelawat.




COMMENTS