Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terh...
Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terhadap pelbagai penyakit. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh masyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis. Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan masalah kegemukan. Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah. Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel-sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula. Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang. Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3'-methoxymaysin dan terbitan maysin. Sumber : Dr. Suri Roowi

COMMENTS